repost: detailed scan done at 28weeks Pregnancy

  
Repost. Detik kandungan #babyHA #littlefighter yang penuh emosi dan mendebarkan bermula @28weeks after detailed scan done… #Repost @aliahtarmizi with @repostapp.

・・・

A believer’s response to hardship and uncertainty
This is exactly what Allah tells us about life. It is going to look, sound, and feel very, very real. At times it’s going to scare us. At times it’s going to make us cry. At time’s it’s going to make us flee, instead of standing firm — even more firm– in our places. 

But this life and everything in it is only a test. It is not actually real. And like that test of emergency broadcast system; it is training us for what is real. It is training us for the Reality beyond the test siren. 

Their response was not to look at the test. Their response was to look through it. They looked through the illusion and focused on the One behind it: God. They realized that, not only was Allah (swt) the giver of the test, He was the only one who could save them from it. And so they beseeched Him for His help through repentance, sabr, and perfecting their moral character (taqwa)
Once we change our lens with which we see our lives, our internal and external response drastically changes. When the righteous before us were tested, it only increased them in faith and obedience. The Quran recounts: “When the Believers saw the Confederate forces, they said: ‘This is what Allah and His Messenger had promised us, and Allah and His Messenger told us what was true.’ And it only added to their faith and their zeal in obedience.” (Quran,33:22)
However until we change that lens, we will never move beyond,”how could this happen to us” to realize the true purpose of the test itself: a created tool to purify, strengthen and bring us closer to the Creator of you, me and all our enemies. -Yasmin Mogahed-

Standard

Our little fighter , baby HA

(Kisah kami tidaklah dramatik mana berbanding ujian yang dialami oleh ibu bapa lain, yang anaknya diuji cacat fizikal, mental mahupun yang dijemput Allah selepas beberapa hari dilahirkan.. Atau ketika masih dalam kandungan.. Dan bermacam lagi. . alhamdulillah.. cuma penuh debaran terutama sepanjang kandungan… Kerana sepanjang kandungan, kami lalui sesuatu yang masih belum pasti…)


Meet our “little fighter”, baby HA…

Kehadiranmu dinanti. MashaAllah, gembiranya mamababa bila dapat tahu kak long afeea bakal dapat adik. 

Menjelang minggu ke 28, doctor di klinik swasta, di mana mama menjalani rawatan prenatal mengesahkan kandungan mama ada masalah yang dipanggil Congenital Duodenal Atresia. 

Apa itu duodenal atresia? 

Dalam bahasa mudahnya, 
Duodenal adalah sebahagian daripada saluran pencernaan kita. Ada bahagian usus yang tidak terbentuk dengan baik masa first trimester. Apa penyebabnya? Itu biasanya tak diketahui. Medically unknown. Kehendak Allah. Biasanya mcm mana nak tahu masalah ni, dengan menjalani detailed scan. 

Kalau yang tak buat detailed scan tu walaupun perut nampak memboyot besar lain macam, memang lepas lahirlah baru tahu yang bayi ada masalah ini. Jadi ada baiknya dapat tahu awal kerana dapat bersedia mentally yg anak akan dibedah beberapa hari selepas kelahiran, dapat prepare emotionally, financially dan byk lagi. 
Sebab itu bila ada bahagian usus bayi yang tidak terbentuk dengan baik, bayi sedikit susah nak telan air ketuban mama. Oleh itu, air ketuban boleh jadi banyak. 
Selalunya doc akan suspect baby ada duodenal atresia berdasarkan masalah ibu yang biasanya ada air ketuban yang banyak.. Kalau cek gula normal .. Tiada masalah lain, doc akan suggest buat detailed scan. Bila scan kita akan nampak “double bubble” sign. Itu memang typical sign of duodenal atresia.
Seperti kes saya, air ketuban saya banyak pada minggu ke 28. Ketika itu air ketuban dah sebanyak 24.. Banyak tu. Detailed scan dijalankan oleh Dr Anson, seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang pengimejan ni. Alhamdulillah semua organ okay tiada masalah kecuali ada masalah pada usus. Doc suspect ada congenital duodenal atresia dan cadang kami untuk refer kepada yang pakar di hospital kerajaan. 

Kami juga dicadangkan untuk membuat “chromosomal study” untuk lebih confirm, lebih memudahkan management pihak hospital selepas kelahiran jika benar anak itu down syndrome( oleh sbb pengurusan selepas kelahirannya sedikit berlainan), lebih bersedia dan lebih berlapang dada untuk sebarang kemungkinan. 

Kerana dalam 18-40% bayi yang mempunyai duodenal atresia adalah bayi down syndrome. Tetapi bukan semua. Masih belum pasti. Manakala anak down syndrome pula kebiasaanya memang akan ada masalah ini. 

Doctor menyediakan surat referral untuk kami lakukan chromosomal study tetapi kami tak buat.. Atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.
Bagi kami, kalau anak down syndrome inshaAllah dah terjamin anak syurga.. Jika anak lahir normal.. Alhamdulillah 🙂
Sejak dari itu, proses kehamilan ku menjadi satu perjalanan yang lebih unik, lebih indah bagi diri sendiri dan sedikit mendebarkan.. 

Orang tegur “ehh besarnya perut” telah menjadi satu kebiasaan dan makanan harian. Sambil hati risau memikirkan bayi dalam kandungan dengan masalah yang hanya kami berdua sahaja tahu ketika itu. 

Saya senyum dan balas dengan jawaban singkat sahaja “aah.. Sbb air ketuban banyak” tanpa menyambung kisah sebenar yang mungkin tak ramai tahu dan faham.. Yang agak susah nak terangkan dalam fasa-fasa mengandung yang masih belum pasti semuanya. 
Aku redha ya Allah.. Dengan apa jua kehendak dan perancanganMu… 
Kisah bayiku menghadapi masalah congenital duodenal atresia hanya diceritakan kepada kedua belah keluarga terdekat, dan beberapa sahabat handai sahaja. Supaya mereka juga faham dan hormati kami yang bayi tidak akan pulang segera ke rumah, kami akan sibuk di hospital dan kami akan banyak menghabiskan masa di hospital untuk beberapa bulan pertama hingga 3 bulan seterusnya. 

Kami suami isteri alhamdulillah telah bersedia menghadapi semua ini sebelum our “little fighter” dilahirkan lagi 🙂
Ada yang lagi kurang bernasib baik, selepas lahir baru dapat tahu anak mengalami congenital duodenal atresia. 

04092015, jumaat – HKL

Pagi tu mama leaking. Air ketuban pecah dengan sendirinya, seperti yang telah dijangka. Estimated due date sepatutnya 20/9. Tapi dari awal lagi mama dah expct baby akan keluar awal sebab air ketuban yang super duper banyak. 
Update terakhir sebelum mama berjihad di labour room, air ketuban adalah sebanyak 30 walaupun berat baby hanyalah 3.2kg. Bayangkanlah besar mana perut mama masa tu. 

Jihad mama di labour room berakhir apabila doctor mengambil keputusan untuk melakukan emergency lower segment caesarean section (emlscs) due to fetal distress. Semua anak mama stress duduk dalam perut mama ye. Huhu takpe mama redha jika kesakitan belahan pisau itu mampu menghapuskan dosa- dosa mama anak-anakku sayang. 
Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Tepat jam 440am kedengaran suara “little fighter” mamababa yang dinanti. Allahuakbar alhamdulillah… Mama menangis atas meja bedah sambil tangan terketar-ketar akibat kesan ubat yang diberi. Sambil jantung berdegup kencang menanti untuk menatap wajah babyHA buat pertama kali. Terbyg2 adakah anak mama down syndrome? Seperti yang selalu dikaitkan dengan case duodenal atresia? Ya Allah.. Kurniakan aku kekuatan.. 

Kepala mama tak habis-habis ditoleh ke kanan sebab baby terus di bawa ke tempat warmer untuk dibersihkan dan ditimbang. Setelah selesai, baby di bawa berdekatan muka untuk mama memastikan jantina dan dapat mencium baby sebelum baby di bawa ke scn.. 

Alhamdulillah kelihatan sempurna fizikal, tembam dan baby senyum kat mama. Terus datang double kekuatan untuk bertahan dalam kesejukan dan kesakitan atas meja bedah. Baby perlu segera dibawa ke wad neonates atau scn kerana masalah duodenal atresia yang dihadapi. Baby perlu pemantauan dan penjagaan yang lebih rapi. Perlu puasa, tak boleh menyusu lagi, dan perlu segera melalui pembedahan. 

Nanti mama dah recover sepenuhnya mama datang melawat ye sayang. Baba dah sempat lawat baby beberapa kali selepas baby lahir. Alhamdulillah. 

05092015- sabtu, Maternity ward hkl
Alhamdulillah mama dah boleh bergerak, berjalan, makan minum dengan baik. Laju juga lagi berjalan sebab kesan ubat bius masih ada. 
Hari ni tak sabar nak turun jumpa baby. Sabar ye sayang… Sekejap lagi mama datang. Mama mandi bagi bersih dan wangi dulu sebelum mama datang dan dapat dukung anak mama untuk pertama kalinya … :’)

Mama baba datang waktu itu baby tengah sedap tidur dalam baby cot. MashaAllah sayang, mama menangis pegang awak untuk pertama kalinya. kenal tak suara mama? Hehe. Mama bacakan Al fatihah dan mama borak-borak sikit dengan Baby. Sorry sayang, mama belum boleh nak susukan Baby. Anak mama kena puasa dulu. Nanti dah sembuh, inshaAllah… Baby boleh melekap lama-lama sepuas-puasnya kat mama ye sayang. 

06092015- ahad, scn hkl
Baba tiba di hospital tepat pukul 11am. Hari ni saja minta baba datang awal sedikit sebab nak dapat tengok baby lama sikit . Mama masih dalam toilet bersiap menukar baju tak sabar nak jumpa “little fighter” mama kat SCN. 
Kami turun ke SCN, seperti biasa Baby sedang lena tidur. Update dari MO paeds, harini mereka akan pasang satu line untuk memberi nutrisi kepada Baby sebab baby masih lagi perlu berpuasa. Ia dipanggil Total Parenteral Nutrition (TPN)..
Malamnya pula mereka akan refer case Baby kepada paeds surgical untuk tindakan selanjutnya. 

Mama dah dapat discharge. Jadi pukul 5 ptg mamababa ke hkl untuk berjumpa Doc surgical. 
Malam itu juga doc terangkan keadaan dan prosedur pembedahan yang akan dijadualkan esoknya. Consent diambil dan keesokan harinya dinanti. Mama sempat dengarkan surah yasiin kat baby sambil main2 rambut dan belai2 baby. Tidur dulu ya sayang. Esok mama baba datang inshaAllah. 


07092015- isnin, scn hkl
Selepas subuh, mamababa ke HKL seperti yang dijanjikan. Pukul 8 am. Lupa pula jam teruk kl ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan mamababa sebelum Baby ke dewan bedah. 
Alhamdulillah tiba di HKL pada pkul 845am. Kami naik ke scn. Photolevel Baby 176. Alhamdulillah tidak melebihi level yang membahayakan. Doc pun dah start phototherapy awal sbnrnya lps mama tanya dan perasan baby macam kuning sikit. 

Risau juga sebab tak menyusu dan puasa. Memang tinggi sikit kebarangkalian untuk kuning. 
Memandangkan doc bius (anaes) masih belum sampai, mamababa ke cafe dahulu untuk bersarapan. 

Mendapat panggilan dari scn pada pukul 925am untuk berjumpa dengan doc anaes. Prosedur diterangkan dan consent diambil. Salah seorang dibenarkan masuk untuk melihat baby dibius. Mama mewakilkan diri . Sekarang mamababa sedang menunggu di luar scn untuk dibawa oleh ambulan ke bangunan pembedahan…
Baba tersengguk-sengguk tidur kat sebelah .. Mama sibuk menaip. Bila baba dah segar baba bacakan surah yasiin untuk baby. Jazakallah baba. 
Baby kuat ye sayang.. Kaklong dawa masih tak compute yang baby dah ada.. Hehe.. InshaAllah nanti boleh jumpa kaklong ye

1145am- hkl

Kami menaiki ambulan menuju ke wad pembedahan. Comel je anak mama duduk diam-diam dalam tu ya. Kami iring sampai ke dewan bedah.. 


1150am – OT HKL 

Sebelum berpisah, mama cium baby dan tak disedari air mata mama mengalir laju.. Allah jaga baby, baby jangan risau ye.. Mama baba kaklong dawa dan semua tunggu baby tau. Keep fighting sayang!!  

1pm – baby masih dalam OT

— 

218pm- masih dalam OT. Sambil tu mama pump susu dan baba ke cafe tapaukan lunch. 

340pm- OT hkl

Operation selesai, mama baba dipanggil berjumpa doc bedah, Dr Azlan. Operation kelihatan straight fwd, ada bahagian duodenum yang tidak bersambung.. Jadi doc akan masukkan satu tube terlebih dahulu melalui perut, dan akan diberi minum melalui situ dahulu. Selepas seminggu, baru akan diberi melalui mulut seperti biasa. Cumanya, risiko utama adalah boleh berlaku kebocoran pada usus dan memerlukan pembedahan kali kedua. Buat masa sekarang, kita doakan baby banyak2. Baby akan dipindahkan ke wad kk9 dan masih memerlukan bantuan pernafasan, on ventilator. 

To be continued…
*untuk pengetahuan, survival rate inshaAllah tinggi , recovery mengambil masa dalam 2-3 bulan.. Dan baby biasanya hidup sihat dan normal seperti biasa.. tapi biasalah naluri keibuan, ibu mana tak sedih anak kecil dah kena operate :’) inshaAllah banyak hikmah. Kami redha. Doakan baby ye. Doakan parents baby tabah dan sabar especially mama yang baru 3 hari lepas operate. Gagah juga keluar rumah, tahan sakit kesan jahitan caesarean dan menunggu luar ot bersama baba. Rasa macam nak demam pun ada tapi masih mampu bertahan sebab semuanya kuasa Allah.

Standard